Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai ePerolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.
ePerolehan akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet.
ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet.
Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web.
Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.
Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan.
Kami menyediakan perkhidmatan ePerolehan seperti berikut:
- Permohonan Baru
- Permohonan Pembaharuan Semula
- Permohonan Status Bumiputra
- Permohonan Tambah Bidang
- Permohonan Kemaskini Profil
Apa yang anda perlu lakukan?
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut.
- Sediakan dokumen sokongan yang lengkap untuk kami proses.
- Buat pembayaran kepada kami.
- Setelah permohonan lulus kami akan menghubungi anda.
- Akhir sekali syarikat/perniagaan anda telah berdaftar sebagai pembekal/perunding

