Soalan Lazim

1. Berapa lamakah tempoh untuk saya mendapatkan Lesen Kementerian Kewangan?
Tempoh untuk kelulusan lesen tidak termasuk status bumiputra adalah di antara 5 hingga 14 hari selepas semua dokumen lengkap diterima. Tempoh untuk permohonan lesen termasuk status bumiputra pula adalah 14 hingga 28 hari kerana permohonan untuk status bumiputra hanya boleh dilakukan sebaik sahaja Lesen Kewangan diluluskan. 


2. Bolehkah saya membuat pembayaran secara berperingkat?
Kami hanya akan memproses permohonan sebaik sahaja bayaran penuh diterima kerana mengikut pengalaman kami sebelum ini terdapat syarikat yang tidak menjelaskan bayaran walaupun permohonan telah diluluskan.


3. Bagaimanakah sekiranya permohonan syarikat saya gagal?
Kami akan memulangkan 100% bayaran yang telah dibuat kepada pihak tuan.


4. Bagaimanakah saya akan memperolehi Lesen Kementerian Kewangan yang telah siap?
Kami akan mengirimkannya kepada pihak tuan menggunakan perkhidmatan Pos Laju atau Skynet.



5. Bolehkah saya berjumpa dengan pihak ABMPRO RESOURCES?
Kami menggalakkan semua urusan dilakukan secara atas talian untuk kemudahan dan mengurangkan kos pihak tuan. Walau bagaimana pun kami sedia bertemu dengan pihak tuan di kawasan Seri Iskandar, Manjung, Sitiawan atau pun Lumut, Perak.


6. Dimanakah Pejabat Urusan ABMPRO RESOURCES?
Buat masa ini kami hanya beroperasi di rumah untuk mengurangkan kos operasi sekaligus dapat mengekalkan yuran perkhidmatan yang kompetitif. Walau bagaimana pun kami sedang mempertimbangkan untuk mempunyai pejabat kami sendiri tidak lama lagi untuk kemudahan pelanggan 'walk in' sekaligus dapat memberikan khidmat nasihat secara 4 mata dengan lebih berkesan. Sila rujuk HUBUNGI KAMI untuk maklumat lanjut.